Wednesday, October 19, 2011
Friday, October 14, 2011
Plaster(s)
Jikaku
dapat mengenali kamu
Takkanku sia-siakan
kasihmu
Jikaku
dapat melihat kamu
takkanku alihkan
pandanganku
Jikaku
merasakan hadirmu
takkanku
biarkanmu berlalu
Jikaku
dapat tambat hatimu
takkanku lepaskan
titianmu
Wednesday, October 5, 2011
Tuesday, October 4, 2011
Disiplin #1
Relief 2 masa kelas Peralihan C.
Aura cikgu disiplin sudah cukup untuk menutup semua mulut-mulut busuk mereka.
Lalu aku berkata sepatah demi sepatah:
“Buat kerja sendiri, jangan bising sangat. Lagi satu, jangan berdiri okay. Saya cukup pantang kalau orang berdiri. Pening kepala saya” dengan nada yang tegas.
“Kalau berdiri, saya pukul bontot kamu. Pukul ape class? Bon? Bon? Bon?” tanya aku sambil menunjuk dan buat gaya merotan pada punggung sendiri yang sexy dengan rotan kesayangan.
Satu kelas jawab “toooot!!!!”.
“Bagus, amaran pertama dan terakhir okay. Semua boleh duduk”
*
Aku pun duduk di meja guru lalu membuat BRM.
30 minit berlalu, tanpa sebarang kejadian aneh walaupun mulut-mulut busuk mereka sentiasa terbuka.
Tiba-tiba, 2 budak berdiri berjalan ke tempat lain.
Aku pun menjerit separa kuat “ Boy!!! Sape suruh berdiri?? Hah? Ke depan sini cepat!”
Tanpa membuang masa aku melibas rotan sekali ke arah bontot masing-masing. Salah seorang menangis. Hehe.
“Kan saya dah cakap jangan berdiri? Inilah akibatnya. Dah beri amaran kan. Padan muka!” tegas aku kepada semua murid yang dalam ketakutan.
*
15 minit berlalu dengan aman damai.
Namun, aku terperanjat denagan kejadian yang aneh.
3 orang budak berkejar-kejaran di tepi meja dengan cara berjalan gaya itik.
“Celaka punya budak, mentang-mentang aku suruh jangan berdiri, kau jalan itik pulak ye. Hiah. Tapi ada otak pulak, boleh pikir” jeritku dalam hati.
Rotan tetap rotan.
Monday, October 3, 2011
Pra-bayar
Tak larat mahu kira berapa banyak tablet yang sudah aku telan sepanjang dua minggu yang lepas.
Macam-macam warna, naik meluat aku.
Minuman panas dan ubat cecair pahit juga turut campur tangan dalam pergelutan dengan siksa.
Padan muka sendiri.
Payment.