Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa sepertimana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk"
Friday, December 31, 2010
Count your blessings
Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa sepertimana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk"
Friday, December 24, 2010
Melody #3
Wednesday, December 15, 2010
Action vs Reaction
Aku lihat jam tangan sudah jam 11.50 pagi.
Aku lihat sekeliling, orang ramai sudah mula gelisah menunggu bas yang tak kunjung tiba.
Panas begitu sinonim dengan peluh. Aku hisap dan hembus asap-asap kenderaan yang lalu-lalang bersama dengan masalah yang tertanam lama di dalam otak aku.
Aku hanya sehelai sepinggang tanpa membawa apa-apa barang. Hanya memakai t-shirt lusuh bertulis ‘Save Ferris’, seluar jeans Levi’s dan sepasang selipar jepun.
Tetiba, seorang gadis bertudung seawal usia 20an datang ke arah aku, seperti mahu bertanyakan sesuatu.
Gadis comel: "Assalamualaikum, tumpang tanya, dah pukul brape ye?" Lembut, penuh dengan sopan santun.
Aku: "Waalaikumussalam . . . 11.53 pagi . ." jawab aku selamba sambil tersenyum manja.
“Eh, you ni comel la, kita pernah jumpa ke?” soal aku untuk gadis itu dalam hati. Macam kenal, tapi aku sendiri tak berapa pasti.
Gadis comel: "Erm, I nak cakap sikit tapi jangan marah ye . . ."
Aku: "Takpe, cakap je . ." (aku terasa pelik sekejap dengan gadis yang aku baru kenal ni)
Gadis comel: "You ni nampak tak terurus la I tengok. Cuba shave sikit jambang dengan misai tu . . ."
Aku terkejut ditegur dengan gadis yang baru aku kenal sebegitu rupa.
"Selekeh sangat ke aku hari ni?" detik aku dalam hati sambil pegang muka aku yang aku sedar sudah tidak dicukur buat beberapa lama.
Mata tiba-tiba terasa pedih, mungkin termasuk habuk.
Aku pejam mata sambil menggosok-gosok mata menghilangkan rasa pedih.
Buka mata balik, aku sudah berada di atas katil dengan memakai sehelai t-shirt dan boxer purple.
Matahari sedang memancar tepat ke arah muka.
Aku terus bangun, capai tuala dan shaver masuk ke tandas.
"Tunggu kau gadis comel, aku dah shave, dah handsome nanti jangan kau terpegun bila jumpa aku dalam mimpi lagi sekali," getus aku dalam hati.
Friday, December 10, 2010
Sekolahnamaphobia
Terkena sindrom setiap kali merayau dalam Johor.
Sensitif teramat bila nampak sekolah. Haih
Sindrom tunggu posting agaknya.
Sekolahnamaphobia anyone?
Gila apa.
Thursday, December 9, 2010
Situasi cemas yang berunsur terkawal
Bila ayahanda dan bonda pergi honeymoon seminggu.
Aku pulak jadi hantu penunggu rumah. Ala, macam hantu zombie yang handsome tu. Pontianak hencem pun boleh jugak. Dan sewaktu dengannya.
Bukan apa, cuti-cuti sekolah sekarang, budak-budak kampung sini suka meliarkan diri. Banyak rumah-rumah sekitar sini sudah mereka jinakkan. Berebut-rebut mahu masuk api neraka.
Kalau aku dapat, aku potong sekor-sekor macam yang INI
Tapi, semalam aku yang kena kejar dengan hantu.
Apekejadahnya!
Jahanam hantu-hantu langsuir iklan-iklan komersial. Sungguh bangsat buah langsat betul Astro Prima.
Mengigau aku semalam.
Tengok Chapalrela siri terakhir pun tak senang.
HAHAHA! :)
Tuesday, December 7, 2010
Bakar IPBA, jangan tak bakar!
Rozita Che Wan dan Remy Ishak jadi cikgu petang tadi.
Diorang pernah bercinta masa kat IPBA duh. Pergh!
Serious.
Dari gambar IPBA yang di bakar.
Aku pun ada gambar-gambar nak bakar IPBA jugak.
Apartment 404b.
Jealous gadis-gadis Blok 5.
Rozita Che Wan single lagi ke?
5 tahun lagi boleh la. Bereh bereh.
Monday, December 6, 2010
Salam Maal Hijrah
Selamat menyambut tahun baru 1432H. Bersama-sama membuka lembaran baru dengan hati terbuka. Semoga hari-hari yang mendatang memberi keberkatan dan hidayah kepada kita semua. Ameen.
Sunday, December 5, 2010
Moment
Current Reading: Keistimewaan Makkah by Ummu Ammar
Current Music: Make Me Strong by Sami Yusuf
Mood: Much better
Sounds: Air cond?
Smells: Lavender
Thoughts: Walking towards divinity is walking towards your own heart . . .
Saturday, December 4, 2010
Masa Depan dan Penafian Hak
Ekonomi dunia runtuh, harga barang makin berat, pembayar-pembayar taxes panas hati & jiwa raga. Pemimpin-pemimpin keparat yang sedang sedap goyang kaki mula kecoh.
The Star, Utusan Malaysia, Buletin Utama tak habis-habis dengan bencana tanah runtuh. Sana, sini, begitu dan begini. Sudah benjol terhantuk barulah mahu terngadah.
Mana tak, Pembelot Negara menggadai maruah sendiri – gembira kalau tornado atau tsunami melanda sini.
"Jahanam dah bumi ni rupanya, jahanam! " aku kata.
Akidah umat manusia pula setahu aku sudah lama runtuh. Runtuh dan akan terus runtuh ditelan masa dan waktu. Adat generasi dan kelahiran hujung.
Tunggu kejap,
Aku rasa langit pun sama, dah mula nak tercabut,
Sama-sama lah aku serta kamu lari bersepah nanti.
Friday, December 3, 2010
Gangguan Tak Rasmi
Hari ini Jumaat 3, esok Sabtu 4. Merangkak sebelum berlari, iblis keluar dulu baru bidadari, Busuk sebelum wangi.
Hero memang selalu kalah awal. Adat fiksyen tipikal.
Ok, bagus. Bereh.
**
Anthony Bourdain jalan-jalan Indon tertinggal hati kat Bali.
Mana tak. Durian dimakannya ala-ala tembikai. Memang bodoh. Marah raja buah tu.
Babi panggang Bali.
“The world best roasted pig” katanya.
Memang synonim Bali dan Babi.
Aku tenung babi panggang.
“Kau ni babi la babi”
Blueeeeeekkkk! Blueeeekkkk!
Pasni bisa lu join Ganyang Malingsia kok.
Thursday, December 2, 2010
Melody #2
Teruskan melangkah, lupakan menyerah.
Wednesday, December 1, 2010
It's time to let go of the fantasies
Sesuatu yang bermula pasti akan diseru noktah. Perhubungan yang berusia hampir bertahun lamanya telah berakhir.
Hanya tinggal kenangan.
Bermula dengan contengan-contengan bosan dan kemudiannya diekstrak menjadi meditasi dan percutian dalaman yang sudah semestinya mendewasakan.
Satu cubaan alih tumpuan terhadap objek-objek tajam yang agak membuahkan hasil. Mutual understanding juga berkesan.
"Kenapa beralih?"
Kontrak sudah tamat. Maka harus segera dipusarakan. Segalanya akan kekal sebagai sirah diingatan.
*
Monday, November 29, 2010
Kwɑlɑlʊmpʊ
4 tahun aku dengan kau bersama tapi tak tau nak putuskan apa jenis relationship yang kita nikmati, bebeh.
Ya, 4 tahun dah sayang.
Aku tau tiap-tiap relationship ada pasang surut.
Kau lah Sang Setia. Aku seperti Superman. 2 tahun aku merantau merentasi gunung ganang dan lautan. Tapi kau tetap setia menunggu.
Jatuh air peluhku menangis.
Kadang-kadang kau ceria gembira. Ada masa pula bermasam durjana, memekak tak tentu pasal. Period apa?
Tapi ada waktunya pula, bila aku rasa sepi, bila aku mula tanya dan jawab sendiri ketika menunggu perut kau kosong atau bila aku bercakap dengan gerabak-gerabak keretapi, slot-slot kosong milik kaulah yang banyak melengkapkan aku.
Aku akan dapat pasangan baru tak lama lagi. Jangan menangis ya.
Bye bye,
Kay elle
Or should I say the fake plastic city?
Friday, November 26, 2010
Hidu asap rokok, 600 ribu mati setiap tahun.
Capai kotak, ambil sebatang dan bakar sekarang.
Tiada abu yang mencium tanah. Itu peraturannya. Ashtray, pringles dan botol-botol kosong tak perlu masuk campur. Siapa habis dulu dia juara. Hisaplah dengan gelojoh, tumpuan dan ketelitian, secara automatik jadi sunat mua'kad. Nampak manly macho matured kacak bergaya depan gadis-gadis comel. Berso-sial dengan jantan-jantan seangkatan selera bukan menjadi masalah. Trend terkini. Bohsia dan bohjan.
Sedut, hisap dan pamkan kenikmatan itu ke dalam tubuh kau.
Sedap kah?
Sampai mana boleh bertahan?
Nampak mayat?















