Friday, June 17, 2011

Bagi hati hati yang mudah terlucut


Di kaca televisyen dan di atas kertas, majoritinya segala konflik dan masalah akan dijodohkan dengan happy ending pada garisan penamat.

Fiksyen memang begitu. Manusia punya kerja, segalanya boleh jadi seronok, boleh puaskan hati semua orang, boleh cetuskan perasaan yang lazat-lazat.

Pembohongan secara tidak langsung.

Dan kadang-kadang penipuan itu disedut sedikit demi sedikit ke dalam kepala dan kemudiannya diekstrak oleh hati. Jadi, diluar sedar, ada waktunya kaki kamu tidak lagi berpijak pada bumi.

Kamu lupa untuk membina jambatan di antara realiti dan dongeng-dongeng ciptaan manusia sendiri. Salahkan itu, salahkan ini, tak puas hati sana, tak puas hati sini, maki takdir, caci situasi.

Mana adil.

Dan disebabkan itu, wabak yang menjangkiti kamu akan lebih rakus merebak dan mengakibatkan otak menjadi benak. Kamu lari dari penjara masalah, kamu salahkan nasib yang menimpa, kamu cipta dialog kasar dengan tuhan.

Hakikatnya, kehidupan ini tidaklah sesukar yang dijangka dan tidaklah semudah yang disangka.

Cuma aqidah perlu dipeluk rapat-rapat.

Thursday, June 9, 2011

Melody #8


Baru je tgk filem HKLBR.

Mantap. Funny as.

Memang agak ketinggalan. Haha.




Wednesday, June 8, 2011

To the next person after God.


Today is my mom's birthday.

I have a lot of things to say. To actually thank her. and ask for her forgiveness.

But i lost my words. because I know its not easy to be a mom. especially raising up four boys with different kind of attitudes.

If there will come a day, where I have to make a choice between my life and yours,
I will definitely choose yours.

I owe so much to you.
Thank you for raising me up, being there for me and loving me unconditionally.

Most of all, thank you for never giving up on me.

I love you and making you happy is my first priority in life.


happy birthday mak.
God bless you.



Tuesday, June 7, 2011

Go or Go Ahead


Kawan lama aku, seorang pekerja swasta meluah dan mendedahkan perihal dan kemaskini terbaru kehidupan beliau.

Senang cerita, asmara sudah melanda. Selalu sangat naik langit, bukan sebab dadah berbata-bata, tapi hawa. Bekas model yang sedang mengintai peluang buka bisnes sendiri katanya. Model apa aku tak tau.

Perhubungan yang awalnya bercorak santai makin hari makin menjadi.

Jadi beliau cakap,

"Susah la kau takda dekat sini, yahoo messenger tak berapa praktikal"

"Banyak bunyi. Cerita sudah"

"Taktau la mat, aku rasa dia cantik sangat la"

Aku gelak kecil.

Dan aku kata,

"Apahal? WTFish? Kau rasa kau tak handsome ke mat ?"

Be wise lad. Pegi beli cermin. Pegang elok-elok dan tengok betul-betul. Kalau imej yang kau nampak tu bukan selipar, means kau lulus.

Kau handsome mat, serius. Eksotik!

Takda masa aku nak bohong.

Dah, layankan dulu persembahan si cantik kau.

Aku rasa malas la pulak nak turun Key elle. Letih.
Baru habis bertugas seminggu, salahkan PK KOKO aku.

Perkara berbangkit nanti kita cerita. Soon . . .

Thursday, June 2, 2011

Young thursday.


Seperti semalam, aku bangun pagi. Lakukan rutin yang sama - gosok gigi, mandi di bawah pancuran air, lap badan, sarung collar t-shirt dan kain pelikat (persalinan yang lain).

Tapi pagi ini aku tak mahu kesorangan, so aku gerakkan kaki turun tangga pangsapuri menuju ke masjid. Perkara yang belum pernah aku lakukan di pagi hari sepanjang tinggal seorangan 5 bulan di Pangsapuri Saujana.

Selesai solat jemaah aku duduk sandar di tiang menahan ngantuk. Niat hati mahu dengar tazkirah subuh.

***

Dalam dunia ini, koleksi dosa dan perbuatan offensive kamu samada secara sengaja ataupun tidak lazimnya akan tertumpu terhadap,

Ibu.

Ayah.

Apa lagi? Selagi mereka masih ada. Nanti bila mereka sudah pergi, air mata darah takkan laku lagi.

*

Anyway, aku macam kenal suara khatib yang mendendangkan sajak di masjid pagi tadi.

Patutlah,

Bandmate aku di bangku rendah, kami vokalis berkembar pasukan nasyid sekolah di zaman debut album Raihan dahulu, Puji-Pujian kalau tak salah aku. Nombor 2 dalam zon beb.

Tapi aku up sikit, masuk tilawah skali. Nombor 1 zon, nombor 2 daerah.

"Kau ada tahi lalat dekat halkum, sebab tu suara kau sedap"

Aku buat muka bongkak.

Lama tak jumpa kamu Ustaz Saiful. Alhamdulillah tahniah dah ada family baru di Jaybee rupanya.

Wednesday, June 1, 2011

Melody #7


Dear love,

Quels que soient les recours
Les appels au secours
Surtout ne te retourne pas
Cours cours loin, le chemin est long