“Kena buat buat pekak, nanti baru dia menyesal dan kembali”
Ini theori cinta seorang sahabat dari Shah Alam yang setahu aku tidak pernah khatam juzu'-juzu' daripada mana-mana kitab Ahadiat Akashah.
Mungkin lah, aku cuma teka. Malas mahu tanya soalan picisan. Aku sendiri pun cuma senovel. Maklumlah, kononnya fragile.
"Relationship yang menuju retak, masih boleh diselamatkan dalam apa jua keadaan sekalipun, asalkan tidak
melibatkan permasalahan yang dicetus pihak yang ke tiga"
Mahu atau tidak, aku harus anggukkan kepala. Ada kebenarannya disitu. Lazimnya, asmara segitiga akan mencipta gundah, pasrah dan silap haribulan ada kepala yang boleh pecah.
Tapi,
Itu kalau pasangan kamu hanya pandai main kayu tiga. Bagaimana pula jika wujud segiempat, pentagon, heksagon, heptagon dan seterusnya? Pastinya disaat itu baru kamu sedar bahawa pilihan kamu selama ini salah, macam kongsi jarum dadah. Dan jika kamu tiada wudhu' pada waktu itu berapa banyak leher yang kamu akan tarah?
Oh, sungguh meriah.
Dunia kini memang penuh dengan wayang-wayang indah. Jadi,elakkan diri daripada terlalu cepat melatah. Kalau mahu menyesal, tak perlu sehingga 20 kali untuk sesuatu tindakan yang sama. Tapi kalau kamu sanggup, tiada apa-apa yang salah.
Ingat, tragedi berdarah boleh buat kamu jadi lebih kental dan gagah. Cikgu geografi kamu pasti pernah membebel tentang mata angin bukan? Barat daya berapa darjah?
Bila lagi mahu beralih arah?
Sebenarnya sandiwara sebegini bukanlah serumit mana pun. Angkat punggung dan blah!.
Itu sahaja aksi penyudah.
Mungkin kau perlu tengok movie ni.
Bro,
“Sometime love is not enough to make everything happy ending”