Monday, November 7, 2011

Movie #2


“Kena buat buat pekak, nanti baru dia menyesal dan kembali”


Ini theori cinta seorang sahabat dari Shah Alam yang setahu aku tidak pernah khatam juzu'-juzu' daripada mana-mana kitab Ahadiat Akashah.


Mungkin lah, aku cuma teka. Malas mahu tanya soalan picisan. Aku sendiri pun cuma senovel. Maklumlah, kononnya fragile.


"Relationship yang menuju retak, masih boleh diselamatkan dalam apa jua keadaan sekalipun, asalkan tidak
melibatkan permasalahan yang dicetus pihak yang ke tiga"


Mahu atau tidak, aku harus anggukkan kepala. Ada kebenarannya disitu. Lazimnya, asmara segitiga akan mencipta gundah, pasrah dan silap haribulan ada kepala yang boleh pecah.


Tapi,


Itu kalau pasangan kamu hanya pandai main kayu tiga. Bagaimana pula jika wujud segiempat, pentagon, heksagon, heptagon dan seterusnya? Pastinya disaat itu baru kamu sedar bahawa pilihan kamu selama ini salah, macam kongsi jarum dadah. Dan jika kamu tiada wudhu' pada waktu itu berapa banyak leher yang kamu akan tarah?



Oh, sungguh meriah.


Dunia kini memang penuh dengan wayang-wayang indah. Jadi,elakkan diri daripada terlalu cepat melatah. Kalau mahu menyesal, tak perlu sehingga 20 kali untuk sesuatu tindakan yang sama. Tapi kalau kamu sanggup, tiada apa-apa yang salah.


Ingat, tragedi berdarah boleh buat kamu jadi lebih kental dan gagah. Cikgu geografi kamu pasti pernah membebel tentang mata angin bukan? Barat daya berapa darjah?
Bila lagi mahu beralih arah?



Sebenarnya sandiwara sebegini bukanlah serumit mana pun. Angkat punggung dan blah!.
Itu sahaja aksi penyudah.


Mungkin kau perlu tengok movie ni.



Bro,

“Sometime love is not enough to make everything happy ending”


Wednesday, October 19, 2011

Melody #10



He made it to the final 17.

:)

Burrito Maker

True talent.




Thanks S’pore Channel 5.




Friday, October 14, 2011

Plaster(s)


Jikaku

dapat mengenali kamu

Takkanku sia-siakan

kasihmu


Jikaku

dapat melihat kamu

takkanku alihkan

pandanganku


Jikaku

merasakan hadirmu

takkanku

biarkanmu berlalu


Jikaku

dapat tambat hatimu

takkanku lepaskan

titianmu



Wednesday, October 5, 2011

Chill Pill



This video just made my day :)








Tuesday, October 4, 2011

Disiplin #1


Relief 2 masa kelas Peralihan C.


Aura cikgu disiplin sudah cukup untuk menutup semua mulut-mulut busuk mereka.

Lalu aku berkata sepatah demi sepatah:

“Buat kerja sendiri, jangan bising sangat. Lagi satu, jangan berdiri okay. Saya cukup pantang kalau orang berdiri. Pening kepala saya” dengan nada yang tegas.

“Kalau berdiri, saya pukul bontot kamu. Pukul ape class? Bon? Bon? Bon?” tanya aku sambil menunjuk dan buat gaya merotan pada punggung sendiri yang sexy dengan rotan kesayangan.


Satu kelas jawab “toooot!!!!”.

“Bagus, amaran pertama dan terakhir okay. Semua boleh duduk”


*


Aku pun duduk di meja guru lalu membuat BRM.

30 minit berlalu, tanpa sebarang kejadian aneh walaupun mulut-mulut busuk mereka sentiasa terbuka.


Tiba-tiba, 2 budak berdiri berjalan ke tempat lain.

Aku pun menjerit separa kuat “ Boy!!! Sape suruh berdiri?? Hah? Ke depan sini cepat!”

Tanpa membuang masa aku melibas rotan sekali ke arah bontot masing-masing. Salah seorang menangis. Hehe.

“Kan saya dah cakap jangan berdiri? Inilah akibatnya. Dah beri amaran kan. Padan muka!” tegas aku kepada semua murid yang dalam ketakutan.


*


15 minit berlalu dengan aman damai.

Namun, aku terperanjat denagan kejadian yang aneh.


3 orang budak berkejar-kejaran di tepi meja dengan cara berjalan gaya itik.


“Celaka punya budak, mentang-mentang aku suruh jangan berdiri, kau jalan itik pulak ye. Hiah. Tapi ada otak pulak, boleh pikir” jeritku dalam hati.



Rotan tetap rotan.



Monday, October 3, 2011

Pra-bayar



Letih.

Tak larat mahu kira berapa banyak tablet yang sudah aku telan sepanjang dua minggu yang lepas.

Macam-macam warna, naik meluat aku.

Minuman panas dan ubat cecair pahit juga turut campur tangan dalam pergelutan dengan siksa.

Padan muka sendiri.

Payment.


Friday, September 16, 2011

Melayanglah keindahan weekend yang penuh aksi ragbi



Last time I watched only 167 views - on the September 7th.

Now it’s 3,500,271 !!! Wow!

Epic! Funny as :)



*

Kenapalah cousin aku kawen time ni.



Monday, September 12, 2011

Melody #9



Heard this on the radio while I was driving home just now.

Can't make this song go away. I google-d the soonest I got back home and found this on youtube.







Mighty ABs !


41-10


A good start by the All Blacks.
Richard Kahui starting winger after one year plus injured. Sonny Bill William inside centre.
Fovourite players.
Gandingan dinantikan. Mantap.
Tapi kenapalah banyak matches ABs petang Jumaat?
Sanggup ponteng sekolah ambil MC hari Jumaat balik rumah tengok opening match haha :)


All Blacks FTW!

*

Kalau dulu saiz seluar slacks 31, now 32.
Tapi still beli saiz 31, sanggup berketat dengan harapan akan kembali fit dan mempunyai abs persis Sonny Bill William :)

*

And I wish I am now at Eden Park watching the games.




Thursday, August 4, 2011

Mengucap, jangan mencarut dalam hati.


Bulan Ramadhan. Bulan seribu rahmat.

Dan antara rahmatnya sekolah petang habis pukul 5.30 :)


Aku lepas balik sekolah terus melulu pergi Bazhaar Ramadhan bersama housemate.
Sampai rumah lepak-lepak, borak-borak, baring-baring menonton Jejak Rasul sampai masuk waktu buka.

Life is good.

*

Tapi hari ini aku extra rajin.

Lalu mengisi masa lapang membasuh kereta kesayangan JLY 2002 untuk mengeratkan lagi hubungan mesra.

Kelihatan juga jiran-jiran sedang bermain badmintan, menyiram pokok bunga, dan menghabiskan masa di halaman rumah bersama keluarga tercinta.

Burung-burung berkicauan . . .

Tenang, aman.


Tapi, tiba-tiba . . . .


Sebuah bas sekolah yang dipenuhi muatan pelajar-pelajar kaum majoriti sekolahku lalu dihadapan rumah sewa.

Diiringi dengan bunyi bas dan jeritan yang kuat lagi palat :

"FAAAAAAAARISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


Tersentap dengan jeritan itu aku hanya mampu membuat bodoh tersipu-sipu sambil mengelap kereta.

"Astaghfirullah. Tak guna punya budak! Relaks relaks. Jangan mencarut, jangan mencarut. Hilang pahala nanti" bisik kata hati.

"Damn, dah tau pulak budak-budak ni rumah aku. Kena target la pasni. Nasib baik ini last month aku duduk rumah sewa ini. Alhamdulillah syukur!" detik aku dalam hati.

*

Sesungguhnya bulan Ramadhan memang banyak menguji kesabaran dan juga memberi ketenangan dalam sekelip mata :)


Monday, August 1, 2011

Movie #1






Even though it was not awesome at some parts but overall it was a great movie especially the unexpected ending.

Cikgu-cikgu kalau boleh sumpah macam ni confirm students dengar cakap :)


Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Salam Ramadhan Al-Mubarak

Buat semua muslimin dan muslimat

Di seluruh pelusuk dunia

Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat yang lebih besar.


Selamat malam.

Selamat bersahur.

Selamat berpuasa!

Saturday, July 30, 2011

Forever Young?


Suatu hari di kedai buku bersama Dyau.
Plaza Angsana, Jaybee.


Aku : Askm bang, tumpang tanya. Ada jual buku exercise past years papers untuk PMR and SPM tak?

Brader kedai : Ada ada, yang kat tepi corner tu PMR. yang kaler biru sana SPM.

Aku : Thank you. thank you.

*

Aku : Dude, aku rase brader tu tengok aku pelik dowh. Before aku nak tanya dia nak beli buku untuk tuisyen pun sama. Makcik-makcik yang bawak anak-anak dia sini beli buku pun usha aku pelik semacam.

Dyau : Yeke?

Aku : Aku ingat diorang sure pelik tengok aku beli buku. Mesti ingat aku budak-budak sekolah lagi. Tak gitu? Tak gitu? ahahhahahahahahaaa

Dyau : Tak kot. Budak sekolah menengah mana boleh ada janggut dude. Kalau macam aku lain la, sure ingat aku yang budak sekolah menengah. hehe.

Aku : Ceh. Perasan.

Thursday, July 21, 2011

Makin lama makin mual


Makin lama aku di sini, aku akan menjadi rasist yang semakin menebal. Mungkin sebab budak-budaknya yang rasist dulu. Dan mereka salurkan penyakit rasist pada warga pendidik yang ikhlas seperti aku.

Keluhan sama juga bagi rakan-rakan pendidik sebelum pulang.

Tapi aku bahagia sebab guru-guru lelaki petang semuanya satu kepala. Walaupun aku sorang belum berkeluarga. Penghibur hati lara.

*

Minggu lepas aku beli rotan. Brand new, 80 sentimeter, tebal, padat, power. Hayun best. Siapa buat hal pasti aku hayun. Sayangnya aku agak rasist, melayu dan india yang selalu jadi mangsa. Kaum majoriti kurang sikit.

Tapi minggu ni aku kurang rasist, semua kena dengan adil lagi saksama. 15 orang yang aku rotan, 4 budak dah menangis kena hayun rotan kat pungung.

Memang aku jahat, bengis. Makin dibenci. Hari Guru cuma dapat 1 hadiah dan ironinya dari pelajar yang tak ajar pun.

JLY 2002 tunggu masa saja akan berlaku sesuatu.

Tunggu masa.

Friday, June 17, 2011

Bagi hati hati yang mudah terlucut


Di kaca televisyen dan di atas kertas, majoritinya segala konflik dan masalah akan dijodohkan dengan happy ending pada garisan penamat.

Fiksyen memang begitu. Manusia punya kerja, segalanya boleh jadi seronok, boleh puaskan hati semua orang, boleh cetuskan perasaan yang lazat-lazat.

Pembohongan secara tidak langsung.

Dan kadang-kadang penipuan itu disedut sedikit demi sedikit ke dalam kepala dan kemudiannya diekstrak oleh hati. Jadi, diluar sedar, ada waktunya kaki kamu tidak lagi berpijak pada bumi.

Kamu lupa untuk membina jambatan di antara realiti dan dongeng-dongeng ciptaan manusia sendiri. Salahkan itu, salahkan ini, tak puas hati sana, tak puas hati sini, maki takdir, caci situasi.

Mana adil.

Dan disebabkan itu, wabak yang menjangkiti kamu akan lebih rakus merebak dan mengakibatkan otak menjadi benak. Kamu lari dari penjara masalah, kamu salahkan nasib yang menimpa, kamu cipta dialog kasar dengan tuhan.

Hakikatnya, kehidupan ini tidaklah sesukar yang dijangka dan tidaklah semudah yang disangka.

Cuma aqidah perlu dipeluk rapat-rapat.

Thursday, June 9, 2011

Melody #8


Baru je tgk filem HKLBR.

Mantap. Funny as.

Memang agak ketinggalan. Haha.




Wednesday, June 8, 2011

To the next person after God.


Today is my mom's birthday.

I have a lot of things to say. To actually thank her. and ask for her forgiveness.

But i lost my words. because I know its not easy to be a mom. especially raising up four boys with different kind of attitudes.

If there will come a day, where I have to make a choice between my life and yours,
I will definitely choose yours.

I owe so much to you.
Thank you for raising me up, being there for me and loving me unconditionally.

Most of all, thank you for never giving up on me.

I love you and making you happy is my first priority in life.


happy birthday mak.
God bless you.



Tuesday, June 7, 2011

Go or Go Ahead


Kawan lama aku, seorang pekerja swasta meluah dan mendedahkan perihal dan kemaskini terbaru kehidupan beliau.

Senang cerita, asmara sudah melanda. Selalu sangat naik langit, bukan sebab dadah berbata-bata, tapi hawa. Bekas model yang sedang mengintai peluang buka bisnes sendiri katanya. Model apa aku tak tau.

Perhubungan yang awalnya bercorak santai makin hari makin menjadi.

Jadi beliau cakap,

"Susah la kau takda dekat sini, yahoo messenger tak berapa praktikal"

"Banyak bunyi. Cerita sudah"

"Taktau la mat, aku rasa dia cantik sangat la"

Aku gelak kecil.

Dan aku kata,

"Apahal? WTFish? Kau rasa kau tak handsome ke mat ?"

Be wise lad. Pegi beli cermin. Pegang elok-elok dan tengok betul-betul. Kalau imej yang kau nampak tu bukan selipar, means kau lulus.

Kau handsome mat, serius. Eksotik!

Takda masa aku nak bohong.

Dah, layankan dulu persembahan si cantik kau.

Aku rasa malas la pulak nak turun Key elle. Letih.
Baru habis bertugas seminggu, salahkan PK KOKO aku.

Perkara berbangkit nanti kita cerita. Soon . . .

Thursday, June 2, 2011

Young thursday.


Seperti semalam, aku bangun pagi. Lakukan rutin yang sama - gosok gigi, mandi di bawah pancuran air, lap badan, sarung collar t-shirt dan kain pelikat (persalinan yang lain).

Tapi pagi ini aku tak mahu kesorangan, so aku gerakkan kaki turun tangga pangsapuri menuju ke masjid. Perkara yang belum pernah aku lakukan di pagi hari sepanjang tinggal seorangan 5 bulan di Pangsapuri Saujana.

Selesai solat jemaah aku duduk sandar di tiang menahan ngantuk. Niat hati mahu dengar tazkirah subuh.

***

Dalam dunia ini, koleksi dosa dan perbuatan offensive kamu samada secara sengaja ataupun tidak lazimnya akan tertumpu terhadap,

Ibu.

Ayah.

Apa lagi? Selagi mereka masih ada. Nanti bila mereka sudah pergi, air mata darah takkan laku lagi.

*

Anyway, aku macam kenal suara khatib yang mendendangkan sajak di masjid pagi tadi.

Patutlah,

Bandmate aku di bangku rendah, kami vokalis berkembar pasukan nasyid sekolah di zaman debut album Raihan dahulu, Puji-Pujian kalau tak salah aku. Nombor 2 dalam zon beb.

Tapi aku up sikit, masuk tilawah skali. Nombor 1 zon, nombor 2 daerah.

"Kau ada tahi lalat dekat halkum, sebab tu suara kau sedap"

Aku buat muka bongkak.

Lama tak jumpa kamu Ustaz Saiful. Alhamdulillah tahniah dah ada family baru di Jaybee rupanya.