Saturday, March 26, 2011

Kiwi Land #1


Sunyi.

Maaf, keretapi delay. Driver terpaksa turun naik mahkamah syariah. Tuntutan fasakh kalau tak silap.

Sabar kejap ya.

*

Daddy's Little Girl ingin lihat aku berluncuran. Ok no big deal.

Hati agar-agar, kerap senyum dihadapan monitor nanti mereka kata ketidakstabilan hormon atau mental disorder.

1. Sand surfing lesson bersama Mawi. Haktuih!



MV featuring Haniff Mahpot - famous orangnya. Lihat saja riak wajahnya. Wah. Priceless!
Oh. hiraukan kebodohan aku ya.

2. Sand surfing tournament 2009



Terus terang aku kata;
jangan salahkan Mawi. Sah sah pelacur kamera. Keluaran STAROBA memang begini :)

3. Special Edition - Masuk Air



1


March April,
Boleh tolong berambus cepat-cepat tak?

Saturday, March 19, 2011

Dedikasi hari ini - Tarikh keramat


Buku yang aku karang selama 23 tahun kini aku tutup. Buku yang penuh dengan suka dan duka. Buku yang penuh dengan tawa dan tangis. Buku yang penuh dengan seribu satu emosi seorang anak kecil yang merangkak belajar mengenali erti kehidupan. Buku ini aku tutup dan aku letak rapi di bahagian rak buku untuk dijadikan panduan di masa hadapan, untuk aku dan mereka yang lain.

Aku ambil buku baru yang masih kosong, putih bersih tiada kesan contengan. Aku tuliskan tarikh hari itu, 7 Februari 2011. Tarikh keramat, tarikh azimat yang akan aku ingat dan kenang sampai bila-bila. Tarikh yang bakal menjadi satu kenangan dalam lipatan sejarah hidup aku. Detik, masa dan ketika yang akan menentukan siapa aku di masa hadapan.

Aku ucapkan selamat datang kepada permulaan hidup baru. Hidup sebagai seorang pendidik di Taman Pelangi Indah yang baru aku tempuhi sebulan suku dengan pelbagai dugaan. Akan aku pastikan buku baru ini akan aku tulis dengan baik. Baik tidak bermaksud tiada salah, tiada kesan conteng atau tiada kesan liquid paper. Tapi baik bermaksud agar apa yang ditulis akan sentiasa membawa kepada sesuatu yang menarik, sesuatu yang mencabar, sesuatu yang akan memberi makna kepada kehidupan aku.

Lalui kehidupan tanpa sebarang penyesalan.

Friday, March 18, 2011

Melody #5


Bila Coldplay mahu singgah Kuala Lumpur? Singapore?
1k? No biggie. Gaji February dah dapat.

Entah, aku tak tahu. Have faith people.

Ada teropong? Aku nak intai esok.

Cheers.


Thursday, March 17, 2011

Bila Decepticon mengikut perintah


Kalau hanya sekadar duduk bersantai di rumah, tak perlu susah-susah dan terlalu meriah. Untuk aku, boxer shorts sudah memadai. Maklumla, fav clothes. Melawat Jusco confirm angkat.

Sejuk, berangin dan bebas. Aliran udara yang kemas dan cukup untuk si dia bernafas.

Tabiat. Kalau duduk dunia sorang-sorang, keluar pegi mall atau kerja sehelai sepinggang boxer pun aku tak kisah. Berjoget-joget tepi pantai, pergh berangin. Syok.

*

Mak memang kuat berleter. Selalu. Mahu atau tidak, aku terpaksa dengar.
Tapi sekarang makin dasyat.

Mak kata too sexy.

Overrated.

Okay okay, next time pakai baju.

Tuesday, March 15, 2011

Misi menangkap seorang pencuri


Rasa macam kena punggah balik kitab diorama yang dah berhabuk.

Ada perempuan panah aku. Aduh. Tajam.

Cis.

Sabar kejap.

Tuesday, March 8, 2011

God is beautiful


Jika direnung sentiasa, Tuhan memang cantik. Apa bakal berlaku kalau semua umat dibiarkan sekata? Pasti dunia ini jadi hambar. Tiada istilah kuli batak, tiada gelaran dato'/datin dan tiada bangunan Clock Tower dan Harvard. Boleh kamu bayangkan?

Malaikat duduk goyang kaki. Maklumlah, selalu off duty.

Seperti yang aku kata, Tuhan itu menarik. Dia pastikan bumi ini 'seimbang' walaupun secara zahirnya nampak 'tunggang langgang'.

Pangkat, darjat, kuasa dan kedudukan.

Itu semua satu bonus dalam kehidupan. Bukan semua bayi yang baru keluar dari rahim dapat tinggal di istana. Bukan semua orang pernah pakai Hall Mark dan OshKosh B' Gosh di zaman kanak-kanak dan bukan semua orang pernah naik bas Intrakota pergi kerja.

Disebabkan bonus yang tuhan berikan, manusia yang terpilih cepat rasa selesa. Mudah sangat mendabik dada. Tapi, bukan semua. Ada juga yang masih ingat bahawa semua manusia masuk dan keluar melalui 'tanah'.

Biasanya, si penerima 'mukjizat' akan lebih cenderung untuk memerintah. Jadi para mangsa adalah golongan yang di bawah. Dunia memang penuh dengan tangga. Tangga yang tiada penghujungnya. Aku atas kamu, kamu atas dia, dia atas mereka. Jangan lupa, susunan bila-bila masa boleh berubah.

Dimudahkan kisah, kalau kamu duduk di atas, ringan-ringan kan lidah untuk melafazkan perkataan "tolong" sewaktu perlukan yang bawah. Bukan susah sangat, hanya beberapa kerat, bukan pantun, tapi santun.

Sebab perkataan itu takkan pernah membuat kamu jatuh ke bawah, malah akan mengangkat kamu jauh lebih tinggi.

Kalau kamu mahu budi, jangan buang bahasa. Tak kiralah kamu siapa pun, suatu hari nanti kita semua akan sama-sama berbogel di padang tuhan. Disitu, kamu takkan kenal siapa aku. Begitu juga dengan aku, takkan pedulikan kewujudan kamu.

Oh ya, dan tiada karpet merah.

Saturday, March 5, 2011

The True Message



Words sincerely from the heart. Indeed.

Friday, March 4, 2011

Dunia oh dunia


Dunia memang begitu,

Jika dua bertemu tiga, lima atau enam sahaja yang dapat nama.

Kasihan lapan, macam tak wujud dibuatnya.

Dunia memang begitu,

Tatkala hati sedang berkabung, yang disisi hanya ada satu.

Mana hilangnya yang beribu?

Dunia memang begitu,

Malam benci siang, siang anti malam.

Kasihan subuh dan senja, mereka selalu jadi mangsa.

Dunia memang begitu,

Jahat, singkat dan padat.

Thursday, March 3, 2011

Ceramah bebas yang tak pernah henti setakat ini.


Bos KOKO sebelum beredar dari bilik mesyuarat,

"Nak cari jodoh, kalau boleh biarlah kena pada tempatnya. Jangan merata-rata. Workplace and university will do. Barulah berkat. Jangan bedal je dekat shopping complex, tepi-tepi jalan, funfair. Tak berapa nak nice lah. Kalau jumpa waktu balik masjid dah kira cantik dah tu. Ngam"

Kecoh lah.

Memang tak banyak yang aku dapat re-act. Jadi seperti biasa aku cuma sengih macam kambing. Kau dah cakap bape kali dah ni haa? Tak boring ke?

Habistu, kalau memang sudah noted bahawa aku akan temui perempuan aku di parti keramaian atau di tempat berkelah yang penuh dengan bikini macamana? Memangla aku mahu cari bakal isteri yang solehah. Sape taknak.

Lupa pula. Kau bukan tuhan. Kau pun akan lalu titi halus nanti, macam aku juga.

Cinta dan jodoh bukan saluran televisyen dan radio yang boleh kamu remote ikut suka. Lain macam aura dan kesan dia beb. Sibuk betul kau kenen-kenen kan aku suruh kawin dengan cikgu-cikgu sekolah. Mak aku pun tak bagi aku kawin dulu, abang-abang aku ada dua kat depan. Beratur la beb. Cita-cita aku banyak lagi bai.
Politikus sekolah semua haih jangan cakap, dasyat.

*

Pulang dari kerja, aku merayap untuk menghirup angin petang sekitar metropolis yang penuh dengan plate-plate kereta mewah negara jiran. Sambil mendengar rangkap-rangkap puisi daripada Thomas Edward Yorke dalam Exit Music,

"Ah,just put it anywhere.We'll see how it goes. Kalau dah terpaksa bawa lari anak dara orang apa boleh buat"

Kan?

Jangan cakap besar. Lainlah kalau mata kamu boleh tembus dinding.

*

Sekolah? Dasyattttttttttttttt. Besok-besokla aku bagitau. Dasyat.