Monday, May 23, 2011

Tragedi kepala bersepai


Aku belum pernah lalu, jadi aku tidak tahu. Kebetulan, hujung minggu lepas aku terima wahyu.

Yang berbunyi begini, lebih kurang lah,

Sehari sebelum, sehari selepas, dan pada hari kamu busy, matikan telefon bimbit kamu 24 jam.

Tahu kenapa?

Sebab kebarangkalian untuk menerima sms-sms atau call pelik dan luahan daripada jantina berlawanan yang pernah, masih dan sedang menyimpan perasaan terhadap kamu adalah tinggi.

Tapi ingkar dan berkata;
"Aku lelaki macho, bukan lelaki perasan lebih beb"

Lalu aku ingkar . .

Aku tahu operasi naluri sahaja belum cukup untuk membenarkan sesuatu yang diluar mampu.

Dan pada hari ini,
Hari Isnin.
Dikala sangat busy hingga panas pungkok tidak mampu bernafas lalu benar aku mendapat panggilan pelik yang berbunyi:

"Salam Faris, awak cikgu hoki kan? Kak Yati PK KOKO ni. Saya dah letak nama awak jadi Pegawai Pengiring pasukan hoki Sabah untuk MSSM kat Jaybee nanti. 29 Mei sampai 6 June ye kena datang blablablablablablabla . . . Surat di pigeon hole. TQ."

Eh eh eh biar betul dia nak ambil cuti sekolah aku 8 hari jadi Orang Suruhan. Dan beberapa saat sebelum aku sempat memberi reaksi palat, Nokia emas menyalak lagi.

1 message received.

Sms pelik ajaib dari kakak kerani janda 40an anak sorang masuk handphone yang berbunyi:

"Hi, cuti ni you buatpe? Bile nak belanja i? Jom keluar makan n tgk wayang. I amek you kat rumah. Nnt confirmkan ok."

Hampir termuntah, aku sempat bertanya dalam hati; "Sejak bila Kak Y*** cakap I you dengan aku nih"

*

Ya sahabat-sahabat mari gelak ketawa atau menangisla bersama aku.


Thursday, May 12, 2011

Absolute Freedom


Bila aku sunyi, aku akan cari Fantasi.
Dan bila jumpa Fantasi, ia akan bawa aku jumpa yang seorang lagi.

Ia bawa aku jumpa Hero.

Temujanji dengan Hero memang seronok. Hero tak pernah mungkir janji. Dia pasti akan tunaikan setiap permintaan aku. Aku jadi kaya raya. Aku bertukar kacak dan segak. Aku tiba-tiba gagah gila babi. Aku jadi genius. Aku mampu buat itu, aku mampu buat ini.

Akulah yang pimpin tangan the girl next door semasa melintas jalan. Akulah yang selamatkan ekonomi dunia dari kehancuran. Akulah penulis buku yang terlaris di pasaran. Aku penemu penawar penyakit barah, kanser, etc. Akulah pengaman dunia penyelamatkan Palestine dari rejim zionis. Akulah trendsetter fesyen masa kini. Akulah pemegang rekod olimpik acara 100m balapan. Akulah pemain rugby dan bola sepak No. 1 dunia.
Semuanya aku.

Hero baik hati. Dia kenalkan aku dengan seorang perempuan tinggi berkaki tirus. Atas sampai bawah, luar dan dalam, semuanya indah. Pandai Hero pilih.

Hero memang pemurah. Dia hadiahkan aku rumah besar tepi tasik dimana halamannya penuh dengan segala macam syurgadunia. Terima kasih hero.

Masalahnya, setiap kali jumpa Hero, Waktu ikut sekali. Sibuk mahu menyelit, tak reti duduk diam. Aku naik meluat. Mahu halau, tak sampai hati.

Tapi hakikatnya, kami memang tak boleh jumpa lama-lama.

Padah. Nanti aku rosak.

Tuesday, May 10, 2011

Looking back


Siapa bilang peramugari Airasia tak cantik, comel, cun dan sewaktu dengannya? Dusta sama sekali! Sanggup aku gadaikan seat tepi tingkap untuk duduk seat laluan bagi tujuan mengintai mesra. Marvelous.

*

Bangun pagi ini aku ingat masih di Hotel Jucy Auckland tapi realiti aku di rumah tumpangan yang panas bahang. Summer ke sekarang ni?

*

Masuk sekolah or 'shithole' semalam, budak sepet pertama yang aku jumpa menegur :

Sepet 1 : Sir, sir lama tak ada. Kamu ni selalu 'ponteng' ooooo.

Aku : Kau cakap aku apa? 'Ponteng' ???? Ponteng ???? Aku ponteng???? Kan dah bagitau before this (sambil mencarut-carut di dalam hati yang semakin kecik dan tekanan perasaan)

Lalu kerja-kerja normal untuk mendidik seperti biasa dijalankan dengan seribu persoalan dan niat hati yang kurang murni.