Saturday, January 8, 2011

Baru habis SPM yo


Bila cousin kahwin di Bandaraya Maharani hujung minggu lepas. Begitu banyak panah-panah soalan dicucuk untuk aku. Dasyat. Naik rimas bulu peha untuk 2 hari.

Maklumla, keluarga ayahanda memang tak selalu jumpa. Seperti makhluk asing species macho aku untuk mereka.

Makcik-makcik, pakcik-pakcik, atok-atok, nenek-nenek, sedara-sedara, sepupu-sepupu, anak-anak buah.

“Anak sape ni? Buat apa skang ni? Bila balik obersea? Mansor, apsal anak kau ni muka lain dari hero-hero kau semua? Etc etc.

Nak suruh aku buat announcement ke apa?!. Ice-breaking rasanya lebih sesuai.

Memang tak banyak yang aku dapat re-act. Jadi aku cuma sengih macam kambing.

Tapi,

Uncle Bak yang julung-julung kalinya aku jumpa seumur hidup, bertanya:

“Dah habis SPM skang ni buat apa?”


OWWHHHH!!!

OWWHHMMMGEEEEE!!!!!

Inhale . . . Exhale slowly . . . .

Kan I dah cakap kat you gadis comel bertudung, I kalau dah shaved semua memang jadi remaja muda bergaya. Awet muda you. HAHA.

Thanks a lot you uncle, kembang sungguh saya sehingga harini :)


Wednesday, January 5, 2011

Melody #4



Lisa dearie,
Closer please.
Awak cantik, ia benar. Sungguh sayang.
I can't take my eyes off you . . .

Sunday, January 2, 2011

If only i could be as cool as you kids.


Tengok budak-budak bawah umur (sepupu-sepupu, anak-anak buah etc etc) berhimpun ramai-ramai main bola atas tar dengan berkaki ayam dalam renyai hujan, aku jadi cemburu. Iri hati sinonimnya.


“Esok nak sekolah dah ready ke? Haaa, kang demam pulak?” soal aku jahat cuba menganggu keriangan mereka.

“Tak kisah pun” jawab mereka setelah 5 saat menghambarkan soalan aku.

“Cis, damn you budak-budak!” jerit aku dalam hati.


Seronok, penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan diikuti semangat setiakawan, jadi nakal dalam satu kumpulan. Dah macam pesta. Era hingusan yang telah lama aku tinggalkan.

Sigh.

Kalau ikutkan hati, memang menyampah bila aku tengok muka satu persatu. Wajah-wajah ceria yang bebas daripada sandiwara-sandiwara alam semesta.

Jauh daripada masalah-masalah yang kronik. Habis runsing pun mungkin sekadar memerah otak mencorakkan taktik-taktik kotor untuk memujuk bapa masing-masing membelikan Playstation atau Xbox bagi mengisi masa lapang.

Tak payah semak otak fikir pasal keadaan kewangan. Belum sampai tahap mandatori untuk mencongak kerjaya dan masa depan. Tak perlu bergelumang dengan kecelakaan jiwa akibat kecurangan jantina berlawanan. Apatah lagi, mahu sibuk-sibuk dengan trend politik longkang yang berleluasa sekarang.

Bebas, macam burung layang-layang. Otak dalam tengkorak yang masih virgin, masih bersih. Putih, seputih kain kapan. Dan mungkin juga tiada paranoid dalam kamus mereka.

Bukan macam aku, minda sudah lobos. Lobos dengan macam-macam benda yang tajam dan melekit. Naik rimas kadang-kadang, tapi kontrak sudah sign, siap cop mohor lagi. Apa boleh buat?

Mahu tak mahu, memang kena hadap. Tunggu menunggu menjadi lumrah. Semuanya memang harus aku santap, perlu aku ratah. Tak kira dalam apa jua keadaan dan situasi. Dah macam jadi satu undang-undang.

Sumbat,sumbat dan terus menyumbat. Dan lagi, dan lagi, dan lagi . . .

Akhirnya perut menjadi boroi dan usus yang telah dipenuhi toksin dan racun mula buka mulut dan mengisytiharkan perang.


Bluueeekkkk. Bluueekkkk!!!


Muntah.

Muntah dalam format yang paling jijik dan ngeri. Lagi dahsyat daripada muntah perempuan seksi mabuk label hitam separa telanjang yang kemudiannya makan burger kebab di sebelah Showgirls, Customs Street selepas menari. Eeuuww . . .


*


Fuhhh . . Yang aku tau kini azam untuk cita-cita akan tetap aku teruskan.

If only i could be as cool as you kids. . . .


Saturday, January 1, 2011

Pangkal tahun.


"So many people walk around with meaningless life. They seem half-asleep, even when they're busy doing things they think are important. This is because they're chasing the wrong things. The way you get meaning into your life is to devote yourself to loving others, devote yourself to your community around you, and devote yourself to creating something that gives you purpose and meaning"

- Morrie Schwartz-