Saturday, April 30, 2011

Looking forward


Jumaat, sebelum pulang . . .

Aku : Okay class, I won't be around next week. I'm going to my convocation. Pegi convo okay.

Budak gaya Kpop bermata sepet: You pegi kubur buatpe Sir???

Aku: Haih . . .


Monday, April 11, 2011

Melody #6


Siapa cakap aku malas pergi sekolah?

Fitnah yang ternyata bukan fitnah.

Waktu yang sesuai untuk comolot dalam gelap.
Hey hey mat jiwang.


*

Siapa dia sarabellainthehouse yaww? Angkat tangan please...
Ello ello ello. Asyik permission denied je. Boleh invite abang?

Sunday, April 10, 2011

White Swan telah dinodai.


Perfection is not just about control. It's also about letting go, kata Thomas Leroy kepada Nina Sayers sebelum menciumnya secara paksaan dalam filem Black Swan.

Bos bernafsu tinggi yang cuba meneroka ke dalam semak samun dan kekusutan hidup gadis comel penari balet.

Jadi, dalam hati aku hanya mampu cakap,

"Ya Allah,"

*

Tapi semalam, aku menjerit sepenuh hati.

"Hoooooiiiii!!!!!"

Malangnya yang dengar cuma aku sorang dalam White Swan kesayangan. Suasana hujan dan jammed.
Bengang kena sondol dari belakang, bergongcang macam gempa bumi.

Dengan penuh geram gangster punya stail terus aku keluar kereta suruh penyanyak tu ke tepi. Muka bengis seorang guru disiplin tanpa takut kena belasah. Tapi aku ada manners, jadi pertuturan masih penuh bertamadun. Semangat juga kental sebab di jalan utama yang jammed, kalau jalan sunyi aku tau itu cara mafia-mafia kulit gelap merampas kereta manusia.

"Saya cuma ada sepuluh linggit saja maa, tengok ni, you datang Kota Tinggi la kita settle" kata budak 20 tahun lesen berstatus P bersama 3 member lain.

Aku pun membebel;
Blablabla gila jauh kota tinggi, I busy lu tengok hari sabtu pun keje ni blablabla calar dalam ni... blablablabla cat balik dalam 100 lebih... blabla bagi saya IC lu mau salin.. no phone skali blablabla..Saya call nanti bila dah settle ok.. blablablabla jangan lupa bank in duit...

"Okay, okay. Solly ya bos"

15 minit seterusnya aku masuk kereta dengan separuh lencun dan merenung,
"Bila la aku nak curi masa pergi cat luka calar ni damn....."
disambung dengan ayat-ayat lain yang tidak berapa sopan.

Wednesday, April 6, 2011

Gangguan tanpa tapisan.


Kantin, jam 11.30 pagi.

Macam biasa, guru-guru lelaki pagi dan petang bukak bar dekat belakang. Aktiviti mingguan hari Rabu, kokulikulom punya pasal, seharian bertapa di sekolah. Kopi Jantan, bukan Kacip Fat, sambil sembang isu-isu sejagat jantan, bola, politikus dan lain-lain. Tiada gossip.

Tapi harini bincang bab percaturan untuk tikam nombor malam nanti. Aku bukan faham sangat pun, lain genre. Boleh lah nak angguk-anggukan kepala dan tumpang gelak.

*

Salah seorang daripada ahli puak yang baru saja duduk semula di kerusi selepas berguling akibat ketawa tanpa tapisan mula membebel.

"Blablablablabla macam ikan brutal"

Sidang, "Apaaaaaaaaaaaaaaaa?"

"Silap, ikan buntal"

Maka kerja-kerja mudah seperti menghabiskan saki baki air di dalam cawan dan menghayati hari Rabu secara bertamadun telah gagal aku lakukan.

Monday, April 4, 2011

Beria mahu balik malam,sekarang merayu mahu ang...


On the way balik ke Jaybee from Pontian merentasi Lebuhraya Perling yang gelap sunyi pada pukul suku minit selepas 12 malam. Ada kereta memotong aku dengan gerak geri slow motion.

Dan kelihatan sepasang kekasih atau suami isteri di dalam kereta bercerita/merengek/bergurau senda sesama sendiri dan sempat mengusha aku. Awek CUN. Tapi naik bulu ketiak ouih. Sebab itu kereta Volkswagen New Beetle persis kereta katak beb.

Confirm tak tipu.

Terus melayang teringat part-part babak dalam trailer ini :


Bukannya tak mahu berhati-hati, cuma perasaan aku sedikit bergolak. Tak boleh buat apa. Memang silap aku pun, balik tengah malam game bola diutamakan, seronok lihat Liverfool tumpas. Sebelum tekan minyak penuh, aku baca surah banyak-banyak, CD Al-Quran aku bubuh full volume. Dengan momentum yang ada, aku tekad.

Apa nak jadi, jadilah. Aku tak kisah.

Sejam sudah sampai, new record bow. Minus 15 mins.
Basuh kaki, solat, bukak lampu satu rumah.
Tidur ketat.

Friday, April 1, 2011

Aku silap beri expression muka mungkin. Shit.


Bilik Guru 2.
Lima budak class 2C1 masuk mencari guru class mereka yang MC.

Aku : Boy, lama tak nampak you?

Boy 1 : Eh?

Aku : Lama tak nampak you??

Boy 1 : Eh. eh? (Pandang member sebelah)

Aku : La, lama tak nampak you??!

Boy 1 : SHI SHI SHI SHI SHI SHI SHI (Ape dia cakap? - tanya sama member sebelah)

Boy 2 : SHI SHI SHI SHI SHI (Dia tanya lencana sekolah lu mana?? - cakap dengan Boy 1)

Boy 1 : Owh. Sudah lama ilang cikgu. Mahu buat macamne. Ada nanti la.

Aku : Ouh. Okay okay. Ceh. Kena translate baru paham gak budak ni. Dah, pergi masuk kelas.


Budak-budak berambus pergi.

*

Cikgu Alice Lee: HAHAHAHAHAHA. You tau ape diorang cakap tadi. blablablablablablablablablablablabla. Simple Malay pun tak paham. Apa lagi class belakang-belakang blablablablablablabla.bla HAHAHAHAHA. blablablablabla.HAHAH

Aku : HAHA. Tak guna punya budak!!! HAHA


Barbie. Bangsat. Aku diperbodohkan jugak.