Tengok budak-budak bawah umur (sepupu-sepupu, anak-anak buah etc etc) berhimpun ramai-ramai main bola atas tar dengan berkaki ayam dalam renyai hujan, aku jadi cemburu. Iri hati sinonimnya.
“Esok nak sekolah dah ready ke? Haaa, kang demam pulak?” soal aku jahat cuba menganggu keriangan mereka.
“Tak kisah pun” jawab mereka setelah 5 saat menghambarkan soalan aku.
“Cis, damn you budak-budak!” jerit aku dalam hati.
Sigh.
Kalau ikutkan hati, memang menyampah bila aku tengok muka satu persatu. Wajah-wajah ceria yang bebas daripada sandiwara-sandiwara alam semesta.
Jauh daripada masalah-masalah yang kronik. Habis runsing pun mungkin sekadar memerah otak mencorakkan taktik-taktik kotor untuk memujuk bapa masing-masing membelikan Playstation atau Xbox bagi mengisi masa lapang.
Tak payah semak otak fikir pasal keadaan kewangan. Belum sampai tahap mandatori untuk mencongak kerjaya dan masa depan. Tak perlu bergelumang dengan kecelakaan jiwa akibat kecurangan jantina berlawanan. Apatah lagi, mahu sibuk-sibuk dengan trend politik longkang yang berleluasa sekarang.
Bebas, macam burung layang-layang. Otak dalam tengkorak yang masih virgin, masih bersih. Putih, seputih kain kapan. Dan mungkin juga tiada paranoid dalam kamus mereka.
Bukan macam aku, minda sudah lobos. Lobos dengan macam-macam benda yang tajam dan melekit. Naik rimas kadang-kadang, tapi kontrak sudah sign, siap cop mohor lagi. Apa boleh buat?
Mahu tak mahu, memang kena hadap. Tunggu menunggu menjadi lumrah. Semuanya memang harus aku santap, perlu aku ratah. Tak kira dalam apa jua keadaan dan situasi. Dah macam jadi satu undang-undang.
Sumbat,sumbat dan terus menyumbat. Dan lagi, dan lagi, dan lagi . . .
Akhirnya perut menjadi boroi dan usus yang telah dipenuhi toksin dan racun mula buka mulut dan mengisytiharkan perang.
Bluueeekkkk. Bluueekkkk!!!
Muntah.
Muntah dalam format yang paling jijik dan ngeri. Lagi dahsyat daripada muntah perempuan seksi mabuk label hitam separa telanjang yang kemudiannya makan burger kebab di sebelah Showgirls, Customs Street selepas menari. Eeuuww . . .
*
Fuhhh . . Yang aku tau kini azam untuk cita-cita akan tetap aku teruskan.
If only i could be as cool as you kids. . . .
No comments:
Post a Comment