Monday, May 23, 2011

Tragedi kepala bersepai


Aku belum pernah lalu, jadi aku tidak tahu. Kebetulan, hujung minggu lepas aku terima wahyu.

Yang berbunyi begini, lebih kurang lah,

Sehari sebelum, sehari selepas, dan pada hari kamu busy, matikan telefon bimbit kamu 24 jam.

Tahu kenapa?

Sebab kebarangkalian untuk menerima sms-sms atau call pelik dan luahan daripada jantina berlawanan yang pernah, masih dan sedang menyimpan perasaan terhadap kamu adalah tinggi.

Tapi ingkar dan berkata;
"Aku lelaki macho, bukan lelaki perasan lebih beb"

Lalu aku ingkar . .

Aku tahu operasi naluri sahaja belum cukup untuk membenarkan sesuatu yang diluar mampu.

Dan pada hari ini,
Hari Isnin.
Dikala sangat busy hingga panas pungkok tidak mampu bernafas lalu benar aku mendapat panggilan pelik yang berbunyi:

"Salam Faris, awak cikgu hoki kan? Kak Yati PK KOKO ni. Saya dah letak nama awak jadi Pegawai Pengiring pasukan hoki Sabah untuk MSSM kat Jaybee nanti. 29 Mei sampai 6 June ye kena datang blablablablablablabla . . . Surat di pigeon hole. TQ."

Eh eh eh biar betul dia nak ambil cuti sekolah aku 8 hari jadi Orang Suruhan. Dan beberapa saat sebelum aku sempat memberi reaksi palat, Nokia emas menyalak lagi.

1 message received.

Sms pelik ajaib dari kakak kerani janda 40an anak sorang masuk handphone yang berbunyi:

"Hi, cuti ni you buatpe? Bile nak belanja i? Jom keluar makan n tgk wayang. I amek you kat rumah. Nnt confirmkan ok."

Hampir termuntah, aku sempat bertanya dalam hati; "Sejak bila Kak Y*** cakap I you dengan aku nih"

*

Ya sahabat-sahabat mari gelak ketawa atau menangisla bersama aku.


5 comments:

pinkrain said...

Omg faris!!

fman024 said...

Syefah !

:(

pinkrain said...

Kakak kerani janda 40-an Yang tak tahan tu. All the best, faris.

sara said...

lol..
adoilah faris.. byk sangat saham kat pejabat n bilik guru neh..haha.
btw, nih sarah. kang buat announcement lagik susah plak.haha

fman024 said...

Sarah, saham laku kat org org tua buatpe haih.

Mmg nk buat announcement lg ni.
y blog still private lg?