Thursday, June 2, 2011

Young thursday.


Seperti semalam, aku bangun pagi. Lakukan rutin yang sama - gosok gigi, mandi di bawah pancuran air, lap badan, sarung collar t-shirt dan kain pelikat (persalinan yang lain).

Tapi pagi ini aku tak mahu kesorangan, so aku gerakkan kaki turun tangga pangsapuri menuju ke masjid. Perkara yang belum pernah aku lakukan di pagi hari sepanjang tinggal seorangan 5 bulan di Pangsapuri Saujana.

Selesai solat jemaah aku duduk sandar di tiang menahan ngantuk. Niat hati mahu dengar tazkirah subuh.

***

Dalam dunia ini, koleksi dosa dan perbuatan offensive kamu samada secara sengaja ataupun tidak lazimnya akan tertumpu terhadap,

Ibu.

Ayah.

Apa lagi? Selagi mereka masih ada. Nanti bila mereka sudah pergi, air mata darah takkan laku lagi.

*

Anyway, aku macam kenal suara khatib yang mendendangkan sajak di masjid pagi tadi.

Patutlah,

Bandmate aku di bangku rendah, kami vokalis berkembar pasukan nasyid sekolah di zaman debut album Raihan dahulu, Puji-Pujian kalau tak salah aku. Nombor 2 dalam zon beb.

Tapi aku up sikit, masuk tilawah skali. Nombor 1 zon, nombor 2 daerah.

"Kau ada tahi lalat dekat halkum, sebab tu suara kau sedap"

Aku buat muka bongkak.

Lama tak jumpa kamu Ustaz Saiful. Alhamdulillah tahniah dah ada family baru di Jaybee rupanya.

No comments: