Thursday, March 3, 2011

Ceramah bebas yang tak pernah henti setakat ini.


Bos KOKO sebelum beredar dari bilik mesyuarat,

"Nak cari jodoh, kalau boleh biarlah kena pada tempatnya. Jangan merata-rata. Workplace and university will do. Barulah berkat. Jangan bedal je dekat shopping complex, tepi-tepi jalan, funfair. Tak berapa nak nice lah. Kalau jumpa waktu balik masjid dah kira cantik dah tu. Ngam"

Kecoh lah.

Memang tak banyak yang aku dapat re-act. Jadi seperti biasa aku cuma sengih macam kambing. Kau dah cakap bape kali dah ni haa? Tak boring ke?

Habistu, kalau memang sudah noted bahawa aku akan temui perempuan aku di parti keramaian atau di tempat berkelah yang penuh dengan bikini macamana? Memangla aku mahu cari bakal isteri yang solehah. Sape taknak.

Lupa pula. Kau bukan tuhan. Kau pun akan lalu titi halus nanti, macam aku juga.

Cinta dan jodoh bukan saluran televisyen dan radio yang boleh kamu remote ikut suka. Lain macam aura dan kesan dia beb. Sibuk betul kau kenen-kenen kan aku suruh kawin dengan cikgu-cikgu sekolah. Mak aku pun tak bagi aku kawin dulu, abang-abang aku ada dua kat depan. Beratur la beb. Cita-cita aku banyak lagi bai.
Politikus sekolah semua haih jangan cakap, dasyat.

*

Pulang dari kerja, aku merayap untuk menghirup angin petang sekitar metropolis yang penuh dengan plate-plate kereta mewah negara jiran. Sambil mendengar rangkap-rangkap puisi daripada Thomas Edward Yorke dalam Exit Music,

"Ah,just put it anywhere.We'll see how it goes. Kalau dah terpaksa bawa lari anak dara orang apa boleh buat"

Kan?

Jangan cakap besar. Lainlah kalau mata kamu boleh tembus dinding.

*

Sekolah? Dasyattttttttttttttt. Besok-besokla aku bagitau. Dasyat.

2 comments:

~M i z a ~ said...

menarik sungguh sek ko. free2 dpt ceramah free. huhu~

fman024 said...

Menarik. Rimas, mual, muntah.

Padan muka kan. Selalu gelakkan Abg Long aku.

Payment.