Aku ambil buku baru yang masih kosong, putih bersih tiada kesan contengan. Aku tuliskan tarikh hari itu, 7 Februari 2011. Tarikh keramat, tarikh azimat yang akan aku ingat dan kenang sampai bila-bila. Tarikh yang bakal menjadi satu kenangan dalam lipatan sejarah hidup aku. Detik, masa dan ketika yang akan menentukan siapa aku di masa hadapan.
Aku ucapkan selamat datang kepada permulaan hidup baru. Hidup sebagai seorang pendidik di Taman Pelangi Indah yang baru aku tempuhi sebulan suku dengan pelbagai dugaan. Akan aku pastikan buku baru ini akan aku tulis dengan baik. Baik tidak bermaksud tiada salah, tiada kesan conteng atau tiada kesan liquid paper. Tapi baik bermaksud agar apa yang ditulis akan sentiasa membawa kepada sesuatu yang menarik, sesuatu yang mencabar, sesuatu yang akan memberi makna kepada kehidupan aku.
Lalui kehidupan tanpa sebarang penyesalan.
No comments:
Post a Comment