Wednesday, April 6, 2011

Gangguan tanpa tapisan.


Kantin, jam 11.30 pagi.

Macam biasa, guru-guru lelaki pagi dan petang bukak bar dekat belakang. Aktiviti mingguan hari Rabu, kokulikulom punya pasal, seharian bertapa di sekolah. Kopi Jantan, bukan Kacip Fat, sambil sembang isu-isu sejagat jantan, bola, politikus dan lain-lain. Tiada gossip.

Tapi harini bincang bab percaturan untuk tikam nombor malam nanti. Aku bukan faham sangat pun, lain genre. Boleh lah nak angguk-anggukan kepala dan tumpang gelak.

*

Salah seorang daripada ahli puak yang baru saja duduk semula di kerusi selepas berguling akibat ketawa tanpa tapisan mula membebel.

"Blablablablabla macam ikan brutal"

Sidang, "Apaaaaaaaaaaaaaaaa?"

"Silap, ikan buntal"

Maka kerja-kerja mudah seperti menghabiskan saki baki air di dalam cawan dan menghayati hari Rabu secara bertamadun telah gagal aku lakukan.

No comments: