On the way balik ke Jaybee from Pontian merentasi Lebuhraya Perling yang gelap sunyi pada pukul suku minit selepas 12 malam. Ada kereta memotong aku dengan gerak geri slow motion.
Dan kelihatan sepasang kekasih atau suami isteri di dalam kereta bercerita/merengek/bergurau senda sesama sendiri dan sempat mengusha aku. Awek CUN. Tapi naik bulu ketiak ouih. Sebab itu kereta Volkswagen New Beetle persis kereta katak beb.
Confirm tak tipu.
Terus melayang teringat part-part babak dalam trailer ini :
Bukannya tak mahu berhati-hati, cuma perasaan aku sedikit bergolak. Tak boleh buat apa. Memang silap aku pun, balik tengah malam game bola diutamakan, seronok lihat Liverfool tumpas. Sebelum tekan minyak penuh, aku baca surah banyak-banyak, CD Al-Quran aku bubuh full volume. Dengan momentum yang ada, aku tekad.
Apa nak jadi, jadilah. Aku tak kisah.
Sejam sudah sampai, new record bow. Minus 15 mins.
Basuh kaki, solat, bukak lampu satu rumah.
Tidur ketat.
No comments:
Post a Comment