Wednesday, September 3, 2008

Apa Ertinya; Kemerdekaan?


Inilah pertama kali saya menulis blog dalam Bahasa Malaysia. Mungkin bahasanya amat formal bagi anda semua tetapi saya lebih selasa menulis dengan cara ini untuk menyuarakan pendapat saya. Saya tidak dapat merasai sambutan merdeka, tetapi dapat mengikuti perkembangan semasa negara melalui internet. Saban hari di dada akhbar kita dapat melihat berbagai pendapat tentang kemerdekaan. Berbagai hujah diberi dan berbagai janji ditaburi, tetapi pada pandangan saya banyak yang tidak mempunyai intipati mengenai maksud kemerdekaan itu sebenarnya.


Jika kita teliti, kemerdekaan pada awalnya ialah membebaskan diri dari penguasaan penjajah. Sedar atau tidak anda semua bahawa kemerdekaan yang kita perolehi dari pihak British adalah melalui perundingan tanpa pertumpahan darah? Kemerdekaan negara kita juga diperoleh dengan semangat kerjasama datuk-datuk kita yang berbagai kaum dengan persetujuan bersama. Tetapi mengapa kini kita mendengar suara-suara sumbang mempersoalkan kebijaksanaan mereka. Adakah kita terlalu pandai sehingga kita sanggup mengkucar-kacirkan keamanan yang kita kecapi selama ini?


Ada sesetengah pandangan yang melihat kemerdekaan dari sudut yang terlalu cetek. Kemerdekaan kata mereka adalah kebebasan memakai apa saja yang mereka mahu termasuk meniru gaya-gaya ala punk. Pernahkan kumpulan punk atau skinhead ini mengkaji tentang asal usul punk ini atau hanya melihatnya sekadar fesyen? Jika benar, anda sebenarnya masih dijajah lagi dengan peniruan tanpa usul periksa. Jika betul hendak tubuh kumpulan baru mulakan dengan fesyen dan gaya yang baru.. buatlah ala Malaysia dan kita sebarkan seantero dunia..bagaimana?


Masalah yang timbul sekarang ialah kita tidak mempunyai identiti sebagai bangsa Malaysia. Itu harus diwujudkan jika kita mahu keharmonian dan perpaduan yang betul-betul utuh. Kebolehan bertutur dengan satu bahasa, mempunyai citarasa yang hampir sama dan berkongsi pendapat tanpa menyentuh sensitiviti, itu yang mahu kita kecapi. Jika itu landasan yang kita bina maka kita sedang menuju jalan kemerdekaan tetapi setelah 51 tahun… hmm..jawapannya ada pada diri masing-masing.



1 comment:

Anonymous said...

identiti bangsa malaysia mungkin sgt sukar dan hampir mustahil bg sy...kebanyakan negara di dunia didirikan atas dasar negara bangsa...Italy utk org Italy, Jepun utk org Jepun...negara malaysia mempunyai banyak krisis identiti...sy x sanggup jd macam indonesia ade bangsa indonesia...cina, og asli, jawa, india sume ade nama indonesia...sume adalah bangsa indonesia...negara msia adalah lewat didirikan berbanding negara2 maju atau kebanyakan negara lain...penjajah telah memasukkan byk unsur luar dan org2 luar ke sini...bangsa melayu terima semua dgn tgn terbuka...inilah malaysia...dtg dr mana pun ttp masih kkl dgn budaya masing2...tidak dijumpai di mana2 di dunia seperti malaysia...msia cuma memerlukan lebih masa utk bersatu-padu dan mencapai maksud kemerdekaan yg sebenar...berilah peluang kpd msia...blum muncul pemerintahan yg dpt menjadikan isu perkauman dihormati sepenuhnya...berdoalah...agar muncul sekumpulan, kalau tidak pon seorg manusia yg tercetus idea di mana malaysia seperti skrg ini yg berbeza bangsa ttp kekal bersatu tp tiada langsung masalah perkauman...cintai keunikan malaysia...kita tiada identiti yg rasmi, kebudayaan yg berbeza...tiada national identity, tiada senibina malaysia...fikirkanlah sesuatu...malaysia unik...cuma memerlukan keikhlasan dan keterbukaan yg menyeluruh dan berkesan...itulah uniknya malaysia...51 tahun bertahan dgn perbezaan banyak aspek...mungkin itulah identiti kita...jangan pandang perbezaan dan perselisihan yg berlaku kini sebagai satu yg negatif...itulah proses untuk malaysia terus progresif dalam terus kekal sebagai malaysia...look on the bright side...dirgahayu Malaysia!