Aku lihat jam tangan sudah jam 11.50 pagi.
Aku lihat sekeliling, orang ramai sudah mula gelisah menunggu bas yang tak kunjung tiba.
Panas begitu sinonim dengan peluh. Aku hisap dan hembus asap-asap kenderaan yang lalu-lalang bersama dengan masalah yang tertanam lama di dalam otak aku.
Aku hanya sehelai sepinggang tanpa membawa apa-apa barang. Hanya memakai t-shirt lusuh bertulis ‘Save Ferris’, seluar jeans Levi’s dan sepasang selipar jepun.
Tetiba, seorang gadis bertudung seawal usia 20an datang ke arah aku, seperti mahu bertanyakan sesuatu.
Gadis comel: "Assalamualaikum, tumpang tanya, dah pukul brape ye?" Lembut, penuh dengan sopan santun.
Aku: "Waalaikumussalam . . . 11.53 pagi . ." jawab aku selamba sambil tersenyum manja.
“Eh, you ni comel la, kita pernah jumpa ke?” soal aku untuk gadis itu dalam hati. Macam kenal, tapi aku sendiri tak berapa pasti.
Gadis comel: "Erm, I nak cakap sikit tapi jangan marah ye . . ."
Aku: "Takpe, cakap je . ." (aku terasa pelik sekejap dengan gadis yang aku baru kenal ni)
Gadis comel: "You ni nampak tak terurus la I tengok. Cuba shave sikit jambang dengan misai tu . . ."
Aku terkejut ditegur dengan gadis yang baru aku kenal sebegitu rupa.
"Selekeh sangat ke aku hari ni?" detik aku dalam hati sambil pegang muka aku yang aku sedar sudah tidak dicukur buat beberapa lama.
Mata tiba-tiba terasa pedih, mungkin termasuk habuk.
Aku pejam mata sambil menggosok-gosok mata menghilangkan rasa pedih.
Buka mata balik, aku sudah berada di atas katil dengan memakai sehelai t-shirt dan boxer purple.
Matahari sedang memancar tepat ke arah muka.
Aku terus bangun, capai tuala dan shaver masuk ke tandas.
"Tunggu kau gadis comel, aku dah shave, dah handsome nanti jangan kau terpegun bila jumpa aku dalam mimpi lagi sekali," getus aku dalam hati.
No comments:
Post a Comment