Ekonomi dunia runtuh, harga barang makin berat, pembayar-pembayar taxes panas hati & jiwa raga. Pemimpin-pemimpin keparat yang sedang sedap goyang kaki mula kecoh.
The Star, Utusan Malaysia, Buletin Utama tak habis-habis dengan bencana tanah runtuh. Sana, sini, begitu dan begini. Sudah benjol terhantuk barulah mahu terngadah.
Mana tak, Pembelot Negara menggadai maruah sendiri – gembira kalau tornado atau tsunami melanda sini.
"Jahanam dah bumi ni rupanya, jahanam! " aku kata.
Akidah umat manusia pula setahu aku sudah lama runtuh. Runtuh dan akan terus runtuh ditelan masa dan waktu. Adat generasi dan kelahiran hujung.
Tunggu kejap,
Aku rasa langit pun sama, dah mula nak tercabut,
Sama-sama lah aku serta kamu lari bersepah nanti.
No comments:
Post a Comment